Perbezaan antara perisian hakmilik dan perisian terbuka
Perisian Bebas (Free Software)
Projek perisian bebas yang dikenali sebagi Projek GNU diketuai oleh Richard Stallman. Ia bermula
pada 1983 untuk membangunkan sistem pengoperasian seperti UNIX lengkap yang mempunyai pengkompil,
aturcara aplikasi, utiliti pembangunan dan sebagainya. Pada 1991, apabila versi
pertama kerangka Linux ditulis,
projek GNU telah menghasilkan hampir kesemua komponen sistem ini — kecuali
kernel. Torvalds dan pembangun kernel seperti Linux menyesuaikan kernel mereka
supaya dapat berfungsi dengan komponen GNU, dan seterusnya mengeluarkan sistem pengoperasian Linux yang cukup berfungsi. Oleh itu, Linux melengkapkan ruang terakhir dalam
rancangan projek perisian bebas.Pada asasnya konsep perisian bebas merujuk
kepada kebebasanbukannya harga. Untuk memahamainya
Richard Stallman berkata:
`Free software' is a matter of liberty, not price. To understand
the concept, you should think of `free' as in `free speech,' not as in `free
beer.'
Free yang disebutkan bermaksud bebas, ia seperti 'kebebasan
bersuara' bukan seperti 'bir yang percuma'. Bebas yang di maksudkan disini
adalah :
·
bebas untuk mengguna
·
bebas untuk menyalin
·
bebas untuk mengkaji dan
mengubahsuai
·
bebas untuk
mengedarkannya
·
bebas untuk memperbaiki
Disebabkan ia bebas pengguna tidak perlu mememinta kebenaran
atau membayar lesen untuk mengguna, menyalin, mengubahsuai dan
mengedar perisian tersebut.
Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software)
Sumber terbuka bermakna apabila sumber maklumat, kod, gambar,
peta, pengarang, dan semua yang berkaitan adalah boleh dilihat dan diubahsuai
oleh orang awam atau sesiapa sahaja.
Inisiatif Sumber Terbuka atau Open Source Initiative (OSI) telah dibentuk pada Feburari 1998 oleh
Eric S. Raymond and Bruce Perens. Ia merupakan badan yang mengawal selia dan
mewar-warkan konsep sumber terbuka. Konsep ini dibentuk untuk
memadamkan anggapan setengah pihak bahawa perisian yang bebas atau percuma
adalah anti-kormesial. Pihak Inisiatif Sumber Terbuka memberikan tiga kriteria
yang dipanggil Definasi Sumber Terbuka iaitu:
·
Kos sumber mesti
diedarkan bersama perisian atau jika tidak ia mesti disediakan tidak
lebih dari kos pengedarannya
·
Sesiapa sahaja boleh
mengedar semula perisian tersebut secara percuma, tanpa membuat bayaran lesen atau
royalti kepada penulisnya
·
Sesiapa sahaja boleh
mengubahsuai perisian tersebut atau menghasilkan perisian lain daripadanya dan
mengedar semula perisian yang telah diubahsuai dibawah syarat yang sama
Definisi Sumber Terbuka
Versi: 1.9 (sumber MIMOS Malaysia) Pengenalan
Sumber terbuka tidak hanya membawa maksud pencapaian kepada kod
sumber. Terma pengedaran bagi perisian sumber terbuka haruslah menepati
kriteria-kriteria seperti berikut:
1. Bebas Untuk Pengedaran Semula
Lesen tersebut tidak boleh menghadkan mana-mana pihak dari menjual
atau memberi perisian tersebut sebagai satu komponen pengedaran perisian
lengkap yang mengandungi aturcara dari pelbagai sumber. Lesen ini tidak boleh
digunakan bagi mendapatkan sebarang royalti atau lain-lain bayaran bagi
mana-mana penjualan tertentu. 2. Kod Sumber
Sesuatu aturcara perlu disertakan bersama kod sumber, dan
membenarkan pengedaran kod sumber bersama aturcara yang telah dikompil. Bagi
sesetengah produk yang tidak diedarkan bersama dengan kod sumber, pemberitahuan/publisiti
bagi mendapatkan kod sumber perlu dibuat samada tidak lebih dari kadar kos
penghasilan semula yang berpatutan atau boleh dimuat turun melalui Internet
tanpa sebarang bayaran. Kod sumber mestilah dalam bentuk yang boleh diterima
umum yang mana pengaturcara boleh membuat pindaan terhadapnya. Kod sumber yang
sengaja berbentuk mengelirukan tidak dibenarkan. Bentuk pertengahan seperti
output prapemprosesan atau penterjemahan juga tidak dibenarkan.
3. Sumber Kerja Asal
Lesen tersebut mestilah membenarkan pengubahsuaian serta sumber
kerja asal, dan perlu membenarkan ia diedar di bawah terma yang sama dengan
lesen perisian asal. 4. Integriti Pencipta Kod Sumber
Lesen tersebut boleh menghadkan pengedaran kod sumber dalam bentuk
pindaan sahaja hanya jika lesen tersebut membenarkan pengedaran "fail
tampung" bersama kod sumber dengan tujuan meminda aturcara tersebut pada
masa pembuatan. Lesen tersebut perlu secara jelas membenarkan edaran perisian
yang dibangunkan dari kod sumber yang telah dipinda. Lesen tersebut mungkin
memerlukan sumber kerja asal untuk membawa nama atau versi yang berbeza
daripada perisian asal.
5. Tiada Diskriminasi Terhadap Individu Atau Kumpulan
Lesen tersebut tidak boleh mewujudkan diskriminasi terhadap
mana-mana individu atau kumpulan tertentu.
6. Tiada Diskriminasi Terhadap Sesuatu Bidang Usaha
Lesen tersebut tidak boleh menghalang sesiapa daripada menggunakan
aturcara tersebut bagi sebarang usaha dalam bidang lain. Sebagai contoh, lesen
tersebut tidak boleh melarang sesiapa daripada menggunakan aturcara tersebut
dalam bidang perniagaan ataupun digunakan dalam kajian genetik.
7. Pengedaran Lesen
Hak yang dilampirkan kepada aturcara mestilah boleh digunapakai
kesemuanya oleh sesiapa yang menerima aturcara tersebut tanpa perlu dikeluarkan
lesen tambahan oleh pihak-pihak tertentu. 8. Lesen Tidak Boleh Di Khusus Kepada
Suatu Produk
Hak yang dilampirkan kepada aturcara tidak boleh bergantung kepada
keadaan aturcara yang merupakan sebahagian daripada pengedaran perisian
tertentu. Jika aturcara diambil daripada pengedaran tersebut dan digunakan atau
diedarkan di dalam terma lesen aturcara tersebut, semua pihak di mana
pengedaran semula aturcara itu harus memiliki hak yang sama seperti yang
dibenarkan kepada pengedaran aturcara yang asal.
9. Lesen Tidak Boleh Menghadkan Perisian Yang Lain
Lesen tersebut tidak boleh meletakkan pembatasan kepada perisian
lain yang diedarkan bersama perisian berlesen. Sebagai contoh, lesen tersebut
tidak boleh mendesak aturcara lain yang diedarkan pada medium yang sama menjadi
perisian sumber terbuka. 10. Lesen tersebut mestilah berbentuk
teknologi-neutral
Tiada peruntukan bagi lesen dipredikat pada mana-mana teknologi
individu atau gaya sesuatu antaramuka.
Nota: Terjemahan ini telah diterjemahkan oleh Anita Zahara,
Rudhuwan, Shahril dan Kamil daripada MIMOS Open Source Deployment team
berdasarkan definasi asal The Open Source Definition. Jika terdapat sebarang
percanggahan di dalam lesen tersebut atau salah satu daripadanya disebabkan
masalah terjemahan atau makna yang kurang tepat, maka definasi dalam bahasa
asal iaitu Bahasa Inggeris adalah dirujuk dan digunapakai.
Perisian Bebas lawan Sumber Terbuka
Walaupun secara praktikalnya perisian bebas dan perisian sumber
terbuka menggunakan lesen (yang percuma) yang sama, namun terdapat sedikit
perbezaan. Perisian bebas mestilah bersumber terbuka, namun sumber terbuka
tidak semestinya bebas.