KUNCI PRIMER DAN
KUNCI ASING
Di dalam pangkalan data,terdapat kunci primer dan
kunci asing yang mana nilainya adalah unik dan mesti diisi (tidak boleh
ditinggalkan kosong).Setiap jadual mesti mempunyai minimum satu kunci
primer
Kunci Primer
1.
Kunci Primer adalah medan yang unik
mewakili setiap rekod dalam barisan jadual.Kekunci ini tidak boleh memiliki
nilai null.
2.
Dalam setiap jadual di pangkalan data
mesti memiliki sekurang-kurangnya satu kunci primer.Pemilihan suatu kunci primer
adalah bergantung kepada kesesuaian dan keunikan nilainya dengan medan-medan
lain.
3.
Kunci primer juga boleh diberikan secara
automatic oleh perisian DBMS.
4.
Kunci primer juga boleh dicipta
sendiri oleh pengatucara,Antara yang sering digunakan adalah seperti nombor kad
pengenalan kerana ia adalah unik(tak aka nada nombor kad pengenalan yang sama
antara dua orang) ataupun nombor surat beranak,nombor paspot,nombor pelajar
ataupun nombor pekerja.
KUNCI
ASING
Ø Kunci
asing adalah salah satu medan dalam jadual pertama yang dijadikan kunci
primer,yang berada di dalam jadual kedua atau pada jadual lain.Kunci asing
boleh digunakan untuk jadual rujukan.
Ø Setiap
nilai kunci asing mestilah berpadanan dengan nilai kunci primer dalam hubungan
yang dirujukkannya.Nilai bagi kunci asing boleh berulang-ulang.
Kepentingan kunci primer
Ø Memastikan
setiap rekod lama yang tersimpan tidak bertindih.
Ø Memastikan
identity yang unik bagi setiap rekod yang disimpan didalam pangkalan data.
Ø Menjadikan
data yang disimpan adalah utuh kerana setiap rekod nya adalah satu nilai yang
unik sebagai pengenalan diri.
Ø Mengekalkan
daripada rekod yang sama berulang-ulang disimpan di dalam pangkalan data.Ini
seterusnya dapat menjimatkan ruang storan computer.
Ø Memudahkan
proses pencarian dan capaian keatas rekod-rekod yang hendak dicari boleh
dicapai dengan meembuat carian dengan menggyunakan kata kunci keatas kunci
primer.
Ø
KUNCI PRIMER
|
CIRI-CIRI
|
KUNCI ASING
|
Kunci primer biasanya terletak di
medan pertama sebelah kiri dalam jadual
|
Lokasi
|
Kunci asing biasanya terletak pada medan kedua selepas kunci
primer dalam jadual.
|
Kunci ini dicipta dengan memilih medan yang mempunyai nilai
yang unik.
|
Cipta
|
Ia dicipta dengan memasukkan medan kunci primer dengan satu
jadual ke jadual yang lain.
|
Hanya terdapat satu kunci ini didalam sesebuah Negara.
|
Bilangan kunci
|
Mungkin terdapat lebih daripada satu kekunci ini di dalam
sesebuah jadual.
|
Data pada medan kunci primer tidak mungkin berulang.
|
Pengulangan data
|
Data didalam medan kunci asing boleh berulang.
|
Nilai pada kunci ini adalah nilai yang unik dan ia mesti diisi
bagi sesebuah jadual.
|
Nilai kunci
|
Nilai kunci ini tidak unik kerana nilainya merujuk kepada
kunci primer pada jadual lain.
|
Ia tidak membunarkan nilai kosong pada medan ini dan tidak
membenarkan pengulangan nilai yang sama.
|
Nilai Kosong
|
Kunci ini membenarkan nilai kosong dan pengulangan nilai yang
sama.
|
Kunci ini digunakan untuk menentukan rekod didalam sesebuah
jadual kerana nilainya yang unik.
|
Fungsi kunci
|
Kunci ini digunakan untuk menghubungkan antara dua jadual
bersama .
|