Monday 24 February 2014

Kunci Primer dan Kunci Asing

           KUNCI  PRIMER  DAN  KUNCI  ASING
Di dalam pangkalan data,terdapat kunci primer dan kunci asing yang mana nilainya adalah unik dan mesti diisi (tidak boleh ditinggalkan kosong).Setiap jadual mesti mempunyai minimum satu kunci primer      

Kunci Primer

1.   Kunci Primer adalah medan yang unik mewakili setiap rekod dalam barisan jadual.Kekunci ini tidak boleh memiliki nilai null.

2.   Dalam setiap jadual di pangkalan data mesti memiliki sekurang-kurangnya satu kunci primer.Pemilihan suatu kunci primer adalah bergantung kepada kesesuaian dan keunikan nilainya dengan medan-medan lain.

3.   Kunci primer juga boleh diberikan secara automatic oleh perisian DBMS.

4.   Kunci primer juga boleh dicipta sendiri oleh pengatucara,Antara yang sering digunakan adalah seperti nombor kad pengenalan kerana ia adalah unik(tak aka nada nombor kad pengenalan yang sama antara dua orang) ataupun nombor surat beranak,nombor paspot,nombor pelajar ataupun nombor pekerja.



   KUNCI ASING
Ø Kunci asing adalah salah satu medan dalam jadual pertama yang dijadikan kunci primer,yang berada di dalam jadual kedua atau pada jadual lain.Kunci asing boleh digunakan untuk jadual rujukan.
Ø Setiap nilai kunci asing mestilah berpadanan dengan nilai kunci primer dalam hubungan yang dirujukkannya.Nilai bagi kunci asing boleh berulang-ulang.

        Kepentingan kunci primer
Ø Memastikan setiap rekod lama yang tersimpan tidak bertindih.
Ø Memastikan identity yang unik bagi setiap rekod yang disimpan didalam pangkalan data.
Ø Menjadikan data yang disimpan adalah utuh kerana setiap rekod nya adalah satu nilai yang unik sebagai pengenalan diri.
Ø Mengekalkan daripada rekod yang sama berulang-ulang disimpan di dalam pangkalan data.Ini seterusnya dapat menjimatkan ruang storan computer.
Ø Memudahkan proses pencarian dan capaian keatas rekod-rekod yang hendak dicari boleh dicapai dengan meembuat carian dengan menggyunakan kata kunci keatas kunci primer.


Ø  

KUNCI PRIMER
CIRI-CIRI
KUNCI ASING
Kunci primer biasanya terletak di medan pertama sebelah kiri dalam jadual
Lokasi
Kunci asing biasanya terletak pada medan kedua selepas kunci primer dalam jadual.
Kunci ini dicipta dengan memilih medan yang mempunyai nilai yang unik.
Cipta
Ia dicipta dengan memasukkan medan kunci primer dengan satu jadual ke jadual yang lain.
Hanya terdapat satu kunci ini didalam sesebuah Negara.
Bilangan kunci
Mungkin terdapat lebih daripada satu kekunci ini di dalam sesebuah jadual.
Data pada medan kunci primer tidak mungkin berulang.
Pengulangan data
Data didalam medan kunci asing boleh berulang.
Nilai pada kunci ini adalah nilai yang unik dan ia mesti diisi bagi sesebuah jadual.
Nilai kunci
Nilai kunci ini tidak unik kerana nilainya merujuk kepada kunci primer pada jadual lain.
Ia tidak membunarkan nilai kosong pada medan ini dan tidak membenarkan pengulangan nilai yang sama.
Nilai Kosong
Kunci ini membenarkan nilai kosong dan pengulangan nilai yang sama.
Kunci ini digunakan untuk menentukan rekod didalam sesebuah jadual kerana nilainya yang unik.
Fungsi kunci
Kunci ini digunakan untuk menghubungkan antara dua jadual bersama .

No comments:

Post a Comment