Apa itu Google+?
Google+ secara harfiahnya ialah Google dengan tanda tambah. "+" adalah perangkaian sosial yang ditambahkannya pada semua perkhidmatan Google lain, termasuk Gmail, YouTube dan Blogger. Google+ membawakan ciri-ciri rangkaian sosial yang popular seperti ulasan, perkongsian foto dan muzik, sembang video, dsb. ke kalangan sosial anda. Secara asasnya ia merupakan apa sahaja yang pengguna mahukan, daripada perbualan yang berlangsung kepada platform ekspresi diri, dengan alat untuk menjadikannya tersendiri atau kolektif sebagaimana yang anda ingini.
Untuk tujuan apa remaja menggunakannya?
Di Google+, orang berbual, berkongsi idea, menyiarkan foto dan video, kekal berhubungan dan berkongsi berita peribadi, bermain permainan, merancang mesyuarat dan perjumpaan, menghantar ucapan hari lahir dan perayaan, membuat kerja rumah dan perniagaan bersama-sama, mencari dan menghubungi rakan dan saudara yang lama terpisah, membuat ulasan buku, mengesyorkan restoran dan menyokong tujuan amal. Banyak lagi yang boleh disenaraikan dan ia turut merangkumi mendapatkan serta memberi pengesahan dan sokongan emosi, pelbagai pembelajaran tidak formal dan penerokaan minat peribadi, akademik dan minat profesional masa hadapan.
Hakikatnya, hanya sedikit sahaja tentang kehidupan manusia yang tidak diluahkan di tapak rangkaian sosial. Ia kadangkala dipanggil “utiliti sosial”. Seperti grid kuasa, ia memberi infrastruktur yang menyokong aktiviti yang sentiasa berubah-ubah setiap hari bagi jutaan pengguna, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Sebenarnya, “produk” yang dipanggil Google+ ialah suatu benda hidup yang sentiasa berubah-ubah. Tidak seperti media yang dikenali oleh ibu bapa semasa mereka membesar – buku, akhbar, malah radio dan televisyen – ia amat “didorong pengguna”, produk kehidupan jutaan penggunanya secara kolektif, dikemas kini serentak, saat demi saat di seluruh dunia dan sebahagian daripada Web sosial yang semakin mencerminkan semua kehidupan manusia.
No comments:
Post a Comment